Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, October 19, 2010

curri barang polis

بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri harta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang pengawal keselamatan dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu tiga hari lalu.
Majistret Aina Azahra Arifin memerintahkan tertuduh, N Jayaraman, 57, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 16 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, Jayaraman didakwa mencuri satu pagar besi berukuran sembilan kaki panjang dan empat kaki lebar milik PDRM di Batu 2 1/2 Jalan Cheras di hadapan tapak lama Ibu Pejabat Polis Cheras, di sini pada jam 4 petang, 16 Oktobr lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa pengadu, Fairus Fadzil, 32, yang juga anggota polis dari Cawangan Balai Polis Cheras bersama rakannya sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan, mereka nampak tertuduh sedang mengumpil dan mematahkan pagar di bahagian hadapan tapak lama ibu pejabat polis itu.


Terdahulu, Jayaraman yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia adalah penangggung tunggal keluarga dan perlu menyara dua anak yang masih bersekolah serta ibu bapanya yang tua dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub.-Bernama

2 comments:

  1. salam
    boleh tak exchage link..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Thalhah..inilah pertama kali makcik singgah..seronok membacanya..akan ambil masa membaca semua article..terima kasih.

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer