Letusan Gunung Berapi Di Indonesia Dipercayai Akibat kemurtadan Penduduk Yogyakarta Yang Lebih Percaya Pada Istana Daripada ALLAH
Letusan Merapi: Mungkin pembalasan YOGYAKARTA: “Ini mungkin pembalasan tuhan atas segala dosa yang dilakukan pemimpin dan yang menjadi korban adalah penduduk,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Yonco. Dia diminta mengulas mengenai kesan debu yang berlaku di Kota Jogja semalam selepas kali terakhir kesan itu melanda kota ‘kebal’ ancaman Gunung Merapi terbabit sejak 1961. Kota Jogja dianggap sebagai kota aman dan bebas daripada sebarang ancaman Gunung Merapi kerana mempunyai Kraton (istana). Masih berpegang teguh kepada pemerintahan beraja yang dianggap berdaulat, penduduk percaya selagi adanya Kraton di kota itu, ia dapat mengelak sebarang bencana akibat letusan gunung berapi terbabit. Namun, semalam ‘kota keramat’ itu diliputi dengan hujan abu yang membuatkan penduduk terkejut dengan situasi itu. Menurut Yonco, 34, semua ini berlaku kerana dosa dilakukan pemimpin atasan di Yogyakarta dan kesannya terpaksa ditanggung penduduk miskin seperti mereka. “Mereka (pemimpin) mempunyai banyak wang dan boleh berpindah ke tempat selamat jika berlaku bencana. “Namun, penduduk miskin seperti kami yang terpaksa menanggung kesannya,” katanya. Menurutnya, yang boleh dilakukan penduduk di Kota Jogja ini hanya berdoa dan berserah kepada tuhan. Sementara itu, pelajar Malaysia di Universitas Gadjah Mada (UGM) terpaksa meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kesan abu melanda kota terbabit. Walaupun dilanda abu akibat letusan itu, mereka tetap meneruskan pembelajaran seperti biasa. Penuntut Malaysia tahun keempat Bidang Perubatan di UGM, Imran Azwan Azizan, 21, berkata fenomena seperti itu dianggap biasa oleh penduduk dan begitu juga penuntut Malaysia di sini. “Walaupun ada rakan yang mahu pulang, namun mereka tidak dapat berbuat demikian kerana kuliah masih diteruskan,” katanya. Setakat ini, 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta dalam keadaan sihat dan mereka sentiasa dipantau dan dinasihatkan supaya berdiam di rumah selain memakai topeng menutup hidung dan mulut.APAPUN HANYA ALLAH MENGETAHUI APA SEBENARNYA...RAKYAT MALAYSIA PERLU BERSYUKUR...!!!!
No comments:
Post a Comment