Firman Allah SWT :
'Maka datanglah sesudah mereka nanti pengganti yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya,maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.'(Surah Maryam:59-60)
Menurut Ibnu Abbas, yang dmaksudkan dengan ' mensia-siakan solat ' itu bukanlah mereka yang meninggalkan semua solat,tetapi mereka yang mentakhirkan atau melambat2kan solat daripada waktunya.
Sikap suka menangguh dan melambatkan solat hingga ke hujung waktu tanpa keuzuran syarak sebegini akhirnya mudah berjangkit dan merebak kepada sikap suka menangguhkan taubat dan istighfar. Akhirnya kematian datang bertandang sebelum sempat melafazkan taubat dan melakarkan hasanat. Matilah diabersama dosa- dosa yang menimbun d dalam diri dan membawa hati yg gelap gelita.
Yang dimaksudkan dengan ayat d atas juga :
'Ialah org yang tidak solat zuhur hinggalah tiba solat asar, dia tidak solat asar hinggalah tibalah waktu maghrib, dan dia tidak solat maghrib hinggalah tiba waktu isya', dan dia tidak solat isya' sehinggalah terbit fajar, dan dia tidak melakukan solat subuh sehinggalah naik matahari. Sesiapa yang mati, apabila ia terus- menerus dalam keadaan sedemikian rupa, dan tidak pula bertaubat, Allah memberi amaran balasan 'al- Baghy' untuknya. Al-Baghy itu adalah satu lembah yg terdapat d dalam neraka Jahannam yg dalam lagi kotor makanan penghuninya.,' demikian menurut tafsiran Said bin al-Musayyab Rahimahullah, ketua golongan tabiin dan seorang daripada tujuh org fuqaha yg terkenal d kota Madinah.
Kalau orag melewat-lewatkan waktu solat hingga kehujung waktu pun sudah diancam dengan seksaan al-Baghy, maka apa pandangan anda dengan masyarakat kita yang langsung meninggalkan solat ?
Sa'ad bin Abi Waqqas r.a, seorang drpd 10 org sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga, antara orang yg awal memeluk Islam, berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang mereka yang lalai terhadap solat. Baginda SAW menjawab dgn menyatakan kepadanya bahawa mereka itu ialah mereka yang melambat-lambatkan solat. Mereka solat, tetapi mengambil ringan menyebabkan solat pada akhir waktu. Allah SWT menjanjikan mereka neraka Wail, iaitu satu neraka yang amat pedih azabnya.
Sesetengan ulama' menyatakan bahawa neraka Wail itu satu lembah yang terdapat dalam neraka Jahannam. Seandainya dilalukan bukit-bukit yg terdapat d dunia ini d atasnya, nescaya cair semuanya kerana sangat panas. Neraka itu ialah tempat tinggal mereka yg lalai terhadap ibadah solat kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.
No comments:
Post a Comment