Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, November 8, 2013

Amalan sunat hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم



Jumaat antara waktu doa di makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan. Semoga semua sihat-sihat hendaknya ,sebab macam-macam penyakit sekarang. Untuk semua, kuatkan hati,insyaallah boleh ! Hehe. Jom baca apa amalan dan perkara yang boleh di amal pada hari jumaat dan kalau boleh tiap-tiap hari lagi cool .

1. Perbanyakkan selawat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)

Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.

Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Sekian.  Take care !  Renung-renungkan,selamat beramalWassalam.


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2011/03/amalan-sunat-hari-jumaat.html#ixzz2jz1aOqUO

1 comment:

  1. beruntung orang yang kerja di negeri cuti hari jumaat...

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals