Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, August 16, 2013

Makanan islam-pati delima

بسم الله الرحمن الرحيم


PATI DELIMA

 

Dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141.

“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)






Khasiat Pati Delima:

•Kaya dengan antioksidan yg melindungi tubuh dari serangan radikal bebas (utk mengurangkan risiko serangan kanser, jantung)
•melawan lemak, meningkatkan metabolisma badan
•membersihkan sistem pencernaan, mengurangkan kembung yang tersimpan dan mengempiskan perut
•bakar kalori / lemak
•melawaskan pembuangan
•buang angin dalam badan
•awet muda dan mencantikkan kulit
•melegakan batuk/kahak/asma
•menurunkan tekanan darah tinggi 
•mengawal paras gula
•utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual)
•mengetatkan rahim sambil meningkatkan pelinciran semulajadi
•100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
•melancar aliran darah
•memperbaiki perjalanan haid - merawat senggugut
•mengeluarkan peluh / toksin
•melegakan sakit kepala/ migrain
•sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness dan serta mencantikkan kulit baby , Insyallah 
•menurunkan paras kolesterol 
•Melawan Penyakit Gout/ Sendi / Sakit Badan
•Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
•melawan kanser - Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima kaya antioksidan dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada

CARA PENGAMBILAN:
2 sudu pati delima + segelas air (amalkan 2-3 kali sehari)

Pemakanan ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

RAHSIA PEMAKANAN ISLAM

CUKA KURMA

 

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)


KHAL TAMAR ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.


KHAL Tamar ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

KHAL Tamar dapat menyembuhkan penyakit yang sangat digeruni oleh setiap orang seperti:
-Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
-Detox, mencuci usus
-Kencing Manis (menurunkan kandungan gula dalam darah
-Darah Tinggi (mengekalkan darah pada tahap yang konsisten)
-Membuang Kolesterol
-Awet muda
-Mencegah masalah asid berlebihan
-Masalah gout (Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan dapat merawat masalah gout)
-Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
-Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
-Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ
badan.
-Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut
-Menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing tak puas bagi lelaki/perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
-Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu dan bermanfaat bagi limpa.
-Menghalang bahaya ubat-ubatan farmasi. KHAL akan membuang dan mengeluarkan mendapan lama dan tinggalan ubatan farmasi dari badan.
-Supplement harian walaupun tidak berpenyakit kerana KHAL tidak memudaratkan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
-Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/ dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.

CARA PENGAMBILAN:
2 sudu besar cuka kurma (amalkan sebelum makan pagi, tgh hari, malam)

Friday, April 12, 2013

SILATURRAHIM

بسم الله الرحمن الرحيم




Setiap Muslim mesti memahami Islam sangat menitik beratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang di dalam Islam.

Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-Hujurat ayat 10).

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).

Hubungan Baik

بسم الله الرحمن الرحيم


Islam amat mementingkan hubungan baik sesama manusia. Setiap individu perlu menjaga tingkah laku dan kata-kata mereka. 

Perbuatan mencaci, mengherdik atau menghina antara manusia amat dilarang dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim”(Al-Hujurat : 11).

Islam menganjurkan

Akhlak & Islam

بسم الله الرحمن الرحيم




Akhlak mencorak tingkah laku

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".

Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.

Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan

Neraca akhlak yang sebati di dalam

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer