Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, July 4, 2010

dah tak tenteram dah..!

بسم الله الرحمن الرحيم

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak menduga tindakan rakannya meninggalkan meja untuk bertemu individu tidak dikenali ketika mereka rancak berbual bertukar kejadian buruk di sebuah taman permainan berhampiran kawasan flet di Taman Melor, di sini, kira-kira jam 1 pagi kelmarin.
Dia dikejutkan dengan bunyi seperti ‘daging ditakuk’ sebelum rakannya dilihat menggelupur kesakitan dengan tangan kanannya terbelah.
Bagaimanapun, bagi menyelamatkan diri, mangsa berusia 23 tahun itu yang berlumuran darah bangun dan berlari sejauh kira-kira 100 meter bagi mengelak terus ditetak penyerangnya yang berang.

Nasib kemudian menyebelahi mangsa apabila penyerang terbabit tiba-tiba panik lalu melarikan diri sebaik menyedari ada penghuni flet terjaga berikutan bunyi bising.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan rakannya rancak berbual sambil meneguk minuman keras.

Tanpa diduga mereka menerima kedatangan tetamu tidak diundang apabila sekumpulan lelaki menaiki kereta dan motosikal muncul sebelum memanggil mangsa untuk berbincang masalah peribadi.

Perbincangan yang pada mulanya berjalan dengan baik bertukar tegang, menyebabkan seorang lelaki mula hilang sabar lalu menetak mangsa menggunakan parang panjang.

Akibat tetakan itu mangsa cedera di tangan kanan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dia dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini (semalam) selepas mendapat rawatan, manakala kecederaan dialami tidak serius.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer