Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, August 12, 2010

akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah 1

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Sifat Mazmumah
  1. Gemar Makan dan Minum. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Yang terlebih Afdal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.
  2. Banyak berkata-kata perkara sia-sia ialah manusia yang suka berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang perkara yang laqa (lalai) seperti mencaci orang, menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara tanpa faedah dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”. (An-Nisa : 114)
  3. Marah ialah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian, selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
  4. Hasad dengki, dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
  5. Kasih kepada harta ialah seseorang yang memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
  6. Takbur, punca berlakunya sifat takbur adalah dari banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
  7. Riyak, orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
  8. Ujub ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
  9. Kasih akan Dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Firman Allah yang bermaksud : “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.”(Al-Hadid : 20)
Nasihat dan Peringatan

Sebagai seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan setiap perkara yang dibawah oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho Allah adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau mana-mana tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita semua. Kecuali kita jadikan ulamak atau orang alim sebagai idola dalam kehidupan kita, kerana orang alim atau ulamak adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulamak sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan Allah.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer