Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, August 12, 2010

akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Terlebih dahulu saya memberikan maksud Akhlak Islam, kerana sifat-sifat ini banyak dibincangkan dalam ilmu Akhlak. Maksud Akhlak ialah budi pekerti yang baik. Akhlak Islam ialah sepertimana Akhlak Nabi Muhammad saw yang mempunyai akhlak yang mahmudah (terpuji)
. Kehebatan akhlak Nabi tiada tandingannya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi sebagai manusia no 1 paling berjaya merubah peradaban manusia dari zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam. Apabila Siti Aisyah di tanya oleh seorang Arab Badawi mengenai akhlak baginda, maka beliau menjawab :

“Akhlak Rasulullah saw adalah seperti Al-Quran”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelas di sini, bahawa akhlak Nabi adalah sepertimana yang dikehendaki Al-Quran. Maka di sini, dinamakan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah adalah orang yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidupnya dan inilah yang dinamakan akhlak mahmudah (terpuji). Bagi sesiapa yang tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya, maka inilah yang dinamakan sebagai akhlak mazmumah (tercela). Sesiapa yang tidak berpegang kepada syariat Islam atau tidak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, orang itu aka nada dalam kesesatan yang nyata. Firman Allah yang bermaksud :

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.” (Al-Baqarah : 177)
Sifat-sifat Mahmudah

  1. Taubah ialah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya (taubat Nasuha).
  2. Zuhud ialah satu corak kehidupan insane mukmin yang mengekang jiwadaripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.
  3. Takut Allah ialah seorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat-sifat Allah dan mempunyai jiwa yang takut akan melakukan perkara dosa atau perkara yang dilarang oleh Islam.
  4. Mahabbah (cinta Allah dan Rasul) ialah kasih seorang mukmin kepada Allah dan RasulNya melebihi segala yang lain. Melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela mengorban dirinya ke jalan Allah.
  5. Sabar ialah separuh dari iman. Sabar juga adalah susah untuk dipraktikkan dalam diri seseorang kecuali mukmin yang kuat imannya dan redho segala ujian dari Allah.
  6. Syukur ialah seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak caranya seperti melaksanakan segala ibadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah (Perkataan yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan sebagainya.
  7. Ikhlas dan benar ialah mukmin yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang benar ikhlas. Setiap amalan ibadah atau pekerjaan agama hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas hati, ihsan kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah seolahnya Allah berada dihadapan kita.
  8. Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha.
  9. Reda dengan qadak Allah ialah salah satu daripada sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar.
  10. Mengingati mati ialah mukmin yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang pintar, kerana mereka sentiasa bersedia untuk mati dengan segala ibadah yang dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer