Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, September 7, 2013

MOU 1

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari itu seorang bayi dijumpai mati terapung
 kat longkang di sebuah universiti. Hasil siasatan awal, pembuang yang disyaki 
ialah salah seorang pelajar di situ. Bayi yang dibuang itu mungkin hasil MOU 
dengan seorang pelajar lelaki. Berita buruk ini bukan satu yang baru bahkan ia adalah tragedi pengulangan jenayah bunuh bayi yang berlaku dari masa ke semasa. Isu ini telah dibicarakan dalam pelbagai forum perbincangan tetapi belum ada mekanisma penyelesaian yang berkesan. Justeru kerana itu, kita hanya tertunggu berita tragedi baru yang lain pula…  Tungguuuuuuuuuuuuuuu…



 Maafkan saya, MOU itu adalah bermaksud Zina, seks suka sama suka. Penyakit sosial orang muda. Mengapa saya letak tajuk ‘Bunuh Bayi’ bukan buang bayi. Sebab tujuan utama bayi itu dibuang adalah untuk membunuhnya. Mengapa saya tidak sebut zina pada tajuk, sebab bunuh bayi ini pasti didahului  dengan zina yang sekurang-kurangnya pun mesti berlaku sekali,  tetapi logik, adalah berkali-kali kerana dari proses persenyawaan hingga badan dirasa ada isi, mungkin memerlukan beberapa kali ‘ujikaji’ dan mengambil masa beberapa bulan. Saya bukan hendak melucah tetapi untuk menggambarkan betapa parah!.

 Zina berkali-kali adalah tahap paling hina pada hubungan suci kemanusiaan menjadi pelakunya dah sudah hilang rasa malu, tiada lagi erti malu dan tiada maruah. Apabila diri telah berbogel dan tidak senonoh ke tahap itu tanpa hubungan sah, walau di mulut mereka kata ‘enjoy’ tapi dalam jiwa mereka pasti merasa diri sangat hina dan kotor, maka apa ke jadah nak bersopan dalam hal lain, apa lagi hendak dipeduli perkara dosa yang lain.
 Adakah apabila kita melihat perlakuan tidak sopan, sentuh menyentuh, pegang
 memegang dikhalayak ramai oleh golongan remaja dan muda yang belum kahwin,
 maka ia perlu dipandang dengan prihatin dan kebimbangan supaya ia bukan kerana
 faktor itu?      
 Ok. Mari kita lihat apa maksud saya tentang ingkar hadith sebagai punca.
 Tahukah kita, wahai orang islam sekelian tentang hukum bermusafir bersendirian atau tinggal berjauhan oleh seorang wanita? Saya lampirkan penulisan maklumat yang agak menarik. Apa yang dipohon untuk anda lakukan hanya membaca. Itu sahaja.
 Kalau membaca benda yang telah disediakan, pun malas atau enggan ….  jauhlah lagi kita dari kejayaan.
 [Maafkan bukan saya nak ‘provoke’ tapi penulisan ini agak ilmiah, jika tiada kesabaran utk memahaminya, pasti yang malas…maaf, maksud saya yang tidak bersungguh, tidak akan habis membacanya].
 Musafir Bersendirian Atau Tinggal Berjauhan
 Isi bicara ini kelihatan seperti kurang menarik dan tidak penting.
 Kalau itulah yang dirasakan, benarlah bahawa isu sunnah ini telah dipinggirkan. Hakikatnya isu ini ditekan oleh Rasulullah s.a.w., pengabaiannya telah membawa masalah
[1]  sehingga tergadai maruah; gadis agama dan ummah.
 Wahai adik-adikku, gadis dan wanita muda sekelian,
 Janganlah isu ini diperlekehkan.  Walau tinggi ilmu, petah tuturkatamu, bijak pemikiran dan lincah pergerakan, kau tetap perempuan. Sekalipun kau berjaya dalam kerja dan terkenal di sisi manusia, fitrah ciptaanmu tetap sama. Sifat kelembutan dan biologi kejadian, sentiasa mencabar kelakian, yang berniat jujur dan budiman, juga yang bersifat binatang hingga yang berjiwa syaitan.
 Perkara mengenai wanita keluar rumah secara sendirian tanpa ditemani suami atau mahram dari kalangan ahli keluarga lelaki dan saudara lelaki tidak menjadi isu atau permasalahan dikalangan masyarakat umat Islam hari ini khususnya di Malaysia, tanah air kita sendiri.
 Mengapa? Perkara perlakuan ini telah menjadi amalan kebiasaan dan dilakukan hampir semua orang, melibatkan semua keluarga Islam di semua tempat, di kampung atau di bandar sama ada kerana benar-benar suatu keperluan atau bagi lain-lain urusan yang pada agama, tiada kepentingan.
 Terdapat ramai pelajar perempuan yang terpaksa menaiki bas atau memandu sendirian untuk pulang ke institusi pengajian setelah habis bercuti di kampung halaman. Mereka ini kemudian tinggal di asrama bagi tempoh masa yang lama.
 Dalam suasana lain, ramai wanita yang keluar dari daerah kediaman bagi pelbagai tujuan. Ziarah saudara mara, melancong, pergi membeli belah, pergi ke tempat-tempat hiburan seperti konsert dan bagi lain-lain urusan. Ada pula yang tinggal bersendirian jauh dari keluarga kerana bekerja, berkursus, pengajian dan lain-lain tujuan. 
 Apabila mereka yang keluar bersendirian ini melewati tempoh 24 jam dan melepasi jarak tertentu seperti keluar dari kampung atau daerah tempat tinggal mereka, maka mereka boleh dianggap melakukan musafir.
 Tahukah kita bahawa terdapat hukum berkaitan perkara ini berdasarkan hadith-hadith sahih nabi. Antara untuk diteliti:-
 “... dari Abu Hurairah r.a. berkata; telah bersabda Nabi s.a.w.; "Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk mengadakan perjalanan selama satu hari satu tanpa didampingi mahramnya".[2]
 “... Ziyad berkata, Aku mendengar Abu Sa'id Al Khudriy r.a. menceritakan empat hal (kalimat) dari Nabi s.a.w.  yang menyebabkan aku ta'ajub dan kaget. Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak boleh berpergian bagi wanita selama dua hari kecuali bersama suami atau mahramnya, ...".[3]
 “... dari Ibnu 'Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita tidak boleh mengadakan perjalanan diatas tiga hari kecuali bersama mahramnya".[4]
Unsur Isykal[5]& Ikhtilaf[6]
Hadith-hadith di atas[7] sebagai melarang seorang wanita bermusafir seorang diri tanpa suami atau mahram di sisi. Namun mengapa ada unsur isykal dan ikhltilaf melibatkan perbezaan tempoh masa. 1 hari, 2 hari dan 3 hari?
Kaedah Penyelesaian dan Penyerasian
Terdapat sekurang-kurangnya 2 pandangan fiqah di dalam penyelesaian perkara ini dalam memahami apa sebenar yang dimaksud dan dikehendaki nabi:-
Pandangan 1
Pandangan ini berpendapat larangan had masa yang berbeza satu, dua atau tiga hari adalah daripada matan hadis yang berbeza yang timbul dari pertanyaan kepada Nabi. Apabila ada permintaan untuk wanita bermusafir lebih 3 hari, maka nabi tidak membenarkan.  Permintaan untuk 2 hari, nabi tidak membenarkan. Begitu juga bagi 1 haripun, tidak dibenarkan Nabi. [8]
Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa perkataan “janganlah seorang wanita bermusafir” secara mutlak menyatakan kata “safar” atau perjalanan, dan ditaqyidkan dengan kata “dua hari” seperti dalam riwayat Abu Sa’id al- Khudri atau “satu hari satu malam”  dalam hadith riwayat Abu Hurairah. Para ulama mengamalkan apa yang mutlak di dalam hadith ini kerana muqayyadnya berbeza-beza. Jadi, sebagaimana komentar al Nawawi bahawa yang di maksudkan dalam hadith ini bukanlah batasan perjalanan melainkan bahawa semua perjalanan yang disebut sebagai safar adalah haram hukumnya bagi wanita melainkan jika dia disertai oleh mahramnya.[9]
Pandangan 2
Perbezaan atau percanggahan tempoh hari perjalanan bukan faktor material. Faktor material adalah soal keselamatan.
Oleh itu had masa sehari semalam pada interaksi Hadis A adalah mengambil kira suasana ketika itu di mana daerah-daerah di luar kota Madinah tidak terjamin keselamatannya, manakala apabila keadaan keselamatan bertambah stabil dan terjamin, had bermusafir sendirian diluaskan kepada jarak perjalanan 3 hari, sebagaimana hadis B.
Hadis-hadith di atas adalah bukti kepada kepentingan pertimbangan faktor  i’llah dan suasana  iaitu memelihara kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan kepada muslimah ketika mereka bermusafir.
Perbezaan Pendekatan Pada Pandangan 1 dan Pandangan 2
Pandangan 1 :- Berpegang dengan nas secara tekstual.
Pandangan 2:-  Memahami secara kontekstual – kepada wujudnya illah[10]

Pegangan secara tekstual[11] cenderung untuk tidak mengharuskan wanita bermusafir secara bersendirian, manakala pegangan secara kontekstual[12]cenderung kepada kepentingan illah. Sekiranya faktor keselamatan terjamin maka wanita diharuskan bermusafir secara bersendirian.
Maka atas dasar inilah di kalangan para mujtahid, ada yang membenarkan wanita untuk bermusafir sekalipun tanpa mahramnya dan melebihi perjalanan tiga hari, asalkan wanita tersebut dapat memastikan musafirnya adalah selamat, seperti bermusafir bersama sekumpulan orang yang dipercayai. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dipercayai cenderung kepada pandangan ke-2.

Kesimpulan Ringkas Formula Penyelesaian Dan Penyerasian (PP)
Pandangan 1:- Pemahaman Hadis Secara Kontekstual (Faktor Keselamatan Sebagai Illah)
Ringkasnya kaedah PP yang di guna pakai ialah “Jama’’[13] secara pendekatan “Syarah Tafsili”[14]. Bermakna huraian dan perinciannya ialah merujuk kepada faktor keselamatan sebagai illah kepada keharusan bermusafir. Sekali pun melebihi tiga hari.
Pandangan 2:- Pemahaman Secara Tekstual
Kaedah PP yang di guna pakai ialah “Tarjih”[15]. Meneliti isi kesemua hadis iaitu hadis 1 hari, hadis 2 hari dan hadis 3 hari.
Isi pertama : Tidak diharuskan wanita bermusafir tanpa mahram. Lafaz ini bersifat mutlak, putus atau pasti.
Isi kedua: Rujukan perkataan-perkataan 1 hari, 2 hari dan 3 hari -  lafaz ini bersifat Muqayyad (berbeza-beza).
Pemilihan atau tarjihnya:- Apabila berlaku konflik atau pertentangan antara Lafaz Mutlak dan Lafaz Muqayyad, maka Lafaz Mutlak diutamakan, bersifat mengatasi dan lebih wajar di amalkan.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals