بسم الله الرحمن الرحيم
Amalan yang baik..perlu jadikan amalan dan tabiat...
Mandi sunat ialah mandi yang dikerjakan oleh seseorang untuk memperolehi pahala dan pujian dari Allah. Apabila ditinggalkan mandi sunat ini tidak menjadi masalah dan tidak dicela oleh Allah kepadanya. Mandi ini juga adalah mandi yang disunatkan dan solat dan ibadah lain tetap sah walaupun seseorang itu tidak melakukan mandi sunat ini.
Mandi Sunat Jumaat
Mandi sunat jumaat hanyalah disunat kepada mereka yang hendak mengerjakan solat jumaat, boleh juga mandi sunat ini bagi orang yang tidak wajib mengerjakan solat jumaat, seperti hamba sahaya, orang musafir, kanak-kanak dan orang-orang perempuan. Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila seseorang kamu ingin menghadiri solat jumaat maka hendaklah ia mandi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Masa Mandi
Waktu untuk mandi sunat jumaat ini adalah bermula dari terbitnya fajar Sidiq, walaupun begitu waktu yang paling afdal (baik) ialah mandi ketika hendak pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu jumaat. Orang yang mandi setelah selesainya solat jumaat tidak dikira sebagai mandi sunat jumaat, kerana habisnya waktu mandi ini setelah selesainya solat jumaat.
Mandi Sunat Dua Hari Raya
Disunatkan mandi ke atas seseorang itu sekalipun mereka tidak ingin menghadiri atau pergi ke masjid untuk solat hari raya, sekalipun orang-orang perempuan yang dalam haidh dan nifas, kerana kedua-dua hari raya itu adalah hari berhias dengan pakaian-pakaian yang cantik dan bau-bauan yang harum. Oleh itu sewajarnya pada hari raya setiap orang mestilah bersih badannya dari kekotoran dan bau yang busuk. Dari Ibnu Abbad ra berkata :
“Adalah Rasulullah SAW mandi pada hari raya fitrah dan hari raya korban.” (Ibnu Majah)
Masa Mandi
Waktu mandi sunat dua hari raya ini adalah dari waktu pertengahan malam sehinggalah terbenamnya matahari. Afdhal seseorang itu mandi sunat ini selepas terbitnya fajar.
Mandi Sunat Solat Istisqa (Minta Hujan)
Disunatkan mandi ke atas mereka yang hendak keluar (pergi) ke tempat sembahyang istisqa. Perkara ini adalah supaya hilang bau busuk yang ada di badan mereka itu. Mandi sunat ini ia mempunyai persamaan dengan mandi sunat jumaat, kerana ia mempunyai tujuan yang sama.
Masa Mandi
Masa mandi sunat solat istisqa ini adalah dari masa orang tersebut hendak solat sunat istisqa. Masa habis waktu mandi sunat ini adalah setelah selesainya solat sunat istisqa.
Mandi Selepas Memandikan Mayat
Adalah disunatkan bagi orang yang memandikan mayat agar dapat membersihkan dirinya dengan cara mandi sebaik sahaja selesai memandikan mayat. Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang memandikan mayat maka hendaklah dia mandi.” (Riwayat Ahmad)
Masa Mandi
Waktu mandi sunat selepas memandikan mayat ini adalah setelah selesainya mandi mayat.
Mandi Gerhana Matahari Dan Bulan
Disunatkan mandi ketika hendak mendirikan solat gerhana matahari dan gerhana bulan. Mandi ini diqiyaskan kepada mandi sunat hari jumaat kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.
Masa Mandi
Masa mandi sunat gerhana ini ialah dari mulanya berlaku gerhana matahari dan bulan. Habis waktu mandi gerhana ini apabila tamatnya berlaku gerhana.
Mandi Sunat Ihram
Mandi ketika hendak memakai ihram adalah diantara beberapa jenis mandi yang disunatkan, sama ada mereka itu ihram haji atau umrah atau kedua-duanya sekali. Ia disunatkan semua sama ada kanak-kanak atau orang yang telah baligh, lelaki atau perempuan. Dari Zaid Bin Thabit ra berkata :
“Dia pernah melihat Rasulullah SAW membuka pakaiannya ketika hendak berihram, lalu beliau mandi.” (Riwayat At-Tarmizi)
Masa Mandi
Bagi sesiapa yang ingin mandi sunat ihram ini ialah sebelum memakai ihram haji atau umrah.
Mandi Sunat Hendak Memasuki Kota Mekah
Bagi seseorang yang hendak memasuki Kota Mekah disunatkan mandi terlebih dahulu. Dari Ibnu Umar ra berkata :
“Dia tidak memasuki Kota Mekah kecuali bermalam di Zi Thuwa terlebih dahulu hingga waktu pagi. Setelah itu, barulah dia memasuki ke Kota Mekah pada siang harinya. Dia menyebutkan bahawa Nabi SAW pernah melakukan seperti itu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Masa Mandi
Masuk waktunya ialah daripada naik fajar dan afdhalnya kemudian daripada gelincirnya matahari.
Mandi Ketika Hendak Wuquf Di Arafah
Mandi kerana hendak wuquf di Arafah adalah diantara beberapa jenis mandi yang disunatkan. Dari Ibnu Umar ra berkata :
“Adalah Abdullah Bin Umar mengerjakan mandi untuk ihram sebelum dia melakukan ihram, untuk masuk Kota Mekah dan untuk wuqufnya pada petang harinya Arafah.” (Riwayat Malik)
Masa Mandi
Waktu untuk mengerjakan mandi sunat wuquf di Arafah ialah sebelum melakukan wuquf.
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Friday, March 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment