بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk sesiapa yang berkenaan...
dapatan :
http://www.upsi.edu.my/
Calon yang menerima SMS PPG PJJ UPSI tetapi BUKAN GURU (tidak memiliki sijil/diploma perguruan), sila emel nama dan No.K/P anda ke nasrull@upsi.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dengan SEGERA!!! MAKLUMAT TERKINI:
1. Maklumat-maklumat berikut HANYA akan mula dipaparkan dan dihebahkan mulai 13 Mac 2011 (Ahad). Maklumat-maklumat tersebut adalah: - a. Status berjaya/tidak berjaya ditawarkan
- b. Opsyen/Program yang ditawarkan
- c. Tarikh dan tempat pendaftaran
- d. Surat Tawaran
2. Sebarang maklumat tentang modul, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan Jadual Kuliah akan dimaklumkan pada sesi taklimat pada hari Pendaftaran Pelajar PPG PJJ UPSI. (Jangkaan tarikh mendaftar 19 dan 20 Mac 2011)
3. Surat tawaran hanya akan dikeluarkan secara atas talian (online) sahaja.
4. Bagi calon yang tidak mendapat sms/ tidak mendapat maklumat mengenai tawaran ke mana-mana IPTA/IPG, sila lawati URL ini pada 13 Mac 2011 (Ahad) untuk semakan jaya. Anda tidak perlu menghubungi (menelefon) pihak kami sebelum sampai tarikh semakan.
5. Bagi calon yang telah menghantar salinan sijil/diploma perguruan, kami pohon supaya tidak menghubungi (menelefon) kami buat masa ini. Semakan akan dibuat oleh pihak kami dan kami akan menghubungi anda sekiranya perlu.
6. Untuk memudahkan anda, sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan dengan PPG PJJ UPSI, sila gunakan kemudahan ChatBox yang disediakan di laman web ini. Sebarang pertanyaan dan aduan melalui telefon agak sukar dipenuhi memandangkan terlalu ramai calon yang menelefon secara serentak dari seluruh negara.
7. Sebarang berkaitan tentang Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI, sila hubungi:
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No.Tel : 03-88841234/1245/1260 dan
(u.p. : Unit Peningkatan Akademik)
No. Tel: 03-88841323/1223
Tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI adalah seperti berikut:
- Menghantar satu (1) salinan Diploma Perguruan/Sijil Perguruan yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah tempat bertugas sekarang
- Cara Penghantaran :
- Memandangkan tempoh pendaftaran yang semakin hampir (19 Mac 2011), dokumen Diploma Perguruan/Sijil Perguruan berkenaan hendaklah diimbas (scan) dan dihantar melalui emel ke akademik@upsi.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk menjimatkan masa.PERHATIAN : Sila namakan fail dokumen yang telah diimbas seperti berikut :
nama (no K/P)
Contoh: Ahmad Hafiz (770821083214)
- Tarikh Hantar :
- Dokumen Diploma Perguruan/Sijil Perguruan yang telah diimbas (scan) dan dihantar melalui emel hendaklah dibuat pada atau sebelum 10 Mac 2011 (Khamis). Dokumen ini sangat penting sebagai rujukan silang UPSI terhadap calon-calon yang ditawarkan oleh BPG, KPM. Kegagalan calon menghantar salinan dokumen boleh memberi kesan terhadap status tawaran kemasukan ke UPSI.
- Semakan Status Jaya Tawaran ke UPSI :
- Calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI dipohon menyemak status jaya tawaran kemasukan di sini (pautan web akan disediakan) mulai 13 Mac 2011 (Ahad) untuk mengetahui status berjaya/gagal ditawarkan tempat di UPSI.
|
|
Assalamualaikum, mcmana saya nak dapatkan semula surat tawaran ppg pjj ambilan mac 2011
ReplyDelete