Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, May 28, 2010

Suami isteri-pengedar dadah

BESUT – Polis Besut berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini dengan tertangkapnya sepasang suami isteri serta merampas seberat 967.77 gram ganja di sebuah rumah di Kampung Lak Lok, dekat Jertih, di sini, kelmarin.

Pasangan berusia 44 dan 41 tahun itu ditahan sepasu-kan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu menerusi serbuan yang dilakukan di rumah suspek kira-kira jam 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, penahanan pasangan suami isteri terbabit dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan sepasukan anggota dan pegawainya.

Menurut Kamaruddin, hasil serbuan di kediaman suspek, polis merampas 14 ketulan dan tiga paket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 967.77 gram bernilai RM4,000 dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer