Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, May 23, 2010

Wikipedia bukan sumber tepat?......

MEREKA yang terus tidak mahu ambil tahu dan selamba sahaja memetik Wikipedia sebagai bahan rujukan dalam artikel atau tesis, akan mendapati tulisan mereka turun markah atau dalam konteks penulis, artikel mereka akan susut nilai wibawa.
Namun, ramai juga yang `memilih untuk mengikut arus’ dan menolak hakikat sinikal yang dikaitkan dengan Wikipedia ini. Bagi golongan ini, perkembangan Wikipedia adalah menyerupai ledakan Internet yang turut menyaksikan generasi sekarang intim dengan Facebook atau Twitter. Jika mengenepikan Wikipedia, maka wujud kekurangan, kata mereka. Ini betul.
Maka tidaklah mengejutkan sangat bila ada teman dalam bidang perhubungan awam menyatakan bahawa antara skop tugas mereka sekarang ialah mengemaskini fakta-fakta mengenai syarikat dan ketua pegawai eksekutifnya yang dimuatkan dalam Wikipedia. Maknanya, mereka sendiri mencipta halaman mengenai mereka sendiri di situ.
Atas faktor komersial, tidak mengapa. Malah sangat bagus. Anda mungkin perasan bila mencari sesuatu dalam enjin carian, antara paparan teratas yang muncul ialah dari laman wikipedia.com
Malah disebabkan ada tugasan khusus bagi memantau dan mengemaskini maklumat, ia secara tidak langsung menjadi laman web percuma kepada entiti terbabit dan ramai pula yang mengaksesnya.
Beza Facebook dan Twitter ialah ia berkaitan rangkaian sosial. Wikipedia pula secara langsung  berkenaan isu-isu ilmiah, fakta-fakta dan bukan gosip. Oleh kerana sifatnya, sesiapa sahaja boleh menulis dan mengolah kenyataan di dalamnya, menjadikan Wikipedia sangat berguna, jika dibuat cara betul dan sangat berbahaya, jika sebaliknya.
Bahayanya ialah seseorang boleh mencipta halaman berkenaan anda, menggunakan nama sebenar anda dan gambar (mungkin diambil dari Facebook?) dan menulis bahawa anda pernah ``menjalani rawatan sakit jiwa dan didakwa atas tuduhan mencuri’’. Ini semua boleh berlaku kerana tiada siapa atau diri anda sendiri tahu pun ia disiarkan atau mengesahkan fakta seumpamanya. Ia mungkin boleh dipadamkan kemudian, tetapi kerosakan sudah berlaku

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals