Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Wednesday, June 30, 2010

Tarbiyyah islamiah

بسم الله الرحمن الرحيم




Bermula dengan pembersihan hati ketika Baginda masih kecil sebagaimana yang digambarkan dalam mafhum hadis:

Dari Anas bin Malik katanya:

“Sesunggguhnya Rasullullah datang kepadanya Jibril a.s dan dia sedang bermain-main dengan anak-anak. Jibril memegangnya dan membaringkannya, lalu dibuka jantungnya dan dikeluarkanya jantung itu dan dibuangnya segumpal darah. Kata Jibril kepada Nabi: “ini bahagian (jalan) syaitan kepada engkau”. Kemudian jantung itu dibersihkan dalam bejana emas, dengan air zam-zam.kemudian dipertautkan kembali, sesudah jantung diletakkan kembali di tempatnya. Anak-anak itu berlari menemui ibu yang menyusukan Nabi dan mengatakan ‘bahawa Muhammad telah dibunuh mereka datang menemuinya sedang waktu itu mukanya masih pucat” (Hadis No.86 Terjemahan Hadis Shahih Muslim bahagian pertama (keimanan).


Ketika di alam remaja yang ketika itu masyarakatnya hidup dalam suasana yang penuh dengan maksiat oleh kerana kejahilan yang menimpa kaum mereka ketika itu, sekali lagi kita melihat Allah mentarbiyyah kekasih-Nya.

“Aku tidak pernah hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah SWT. Lepas itu aku lupa hinggalah aku diutuskan. Di suatu ketika aku sedang berternak dengan seorang pemuda lain di mana aku telah meminta beliau agar tolong melihat kambing ternakkanku sementara aku hendak pergi melihat-lihat di Kota Makkah. Pemuda itu sanggup menunaikan harapanku itu dan aku pun keluar sehinnga akhirnya sampai ke rumah pertama di Kota Makkah dan aku mendengar permainan lantas aku pun bertanya apakah bunyi-bunyian itu? Orang memberitahuku bahawa itulah keramaian dan pesta. Aku pun duduk hendak mendengar tetapi Tuhan (Allah) telah menulikan (tidak dapat mendengar) sejurus telingaku menyebabkanku terlena dan terjaga semula bila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku.Aku pulang serta merta menemui sahabatku tadi.

Beliau bertanya halnya dengan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang berlaku. Dan suatu malam yang lain sekali lagi aku meminta supaya membenarkan kau keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja sampai di Makkah terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas diriku. Lepas itu aku tidak mencuba lagi” (Hadis Riwayat Ibnu Atsir)


Lihatlah bagaimana Allah S.W.T menjaga bakal seorang Rasul yang akan membawa risalah-Nya daripada dicemari dengan bibit-bibit jahiliyyah jauh sekali terleka dalam kemaksiatan.

Kita lihat pula bagaimana Tarbiyyah sebenar yang terpaksa Baginda lalui dalam misi membawa amanah dakwah yang cukup besar ini.

Bagaimana diceritakan dalam satu riwayat Rasullullah S.A.W bertahannuth iaitu menyucikan diri dan beribadah di gua Hira’ selama tiga tahun sebelum Baginda diutus menjadi seorang Rasul. Masa ibadahnya adalah selama sebulan setiap tahun iaitu di bulan Ramadhan.

Mengasingkan diri dari segala amalan jahiliyyah yang menimpa kaumnya ketika itu demi mencari suatu sinar yang agung lagi suci.

Tarbiyyah Sebenar Bermula

Turunnya surah Al-Muzzammil memberikan petunjuk manhaj tarbiyyah yang terpaksa dilalui oleh Baginda seawal dilantik menjadi Rasul.

Ayat pertama surah ini memberikan satu sahutan buat orang yang berselimut( baginda Rasulluah S.A.W) untuk terus bangun dan bangkit menyebarkan dakwah dan sinar islam kepada seluruh ummat.

Sebagaimana yang digambarkan dalam Tafsir Fi Zillalil Qur'an “ Rasullullah S.A.W telah diseru BANGUNLAH..!!! lalu Baginda terus bangun dari tidurnya, dan terus bangun untuk lebih dari dua puluh tahun tanpa berehat demi untuk memikul beban dakwah dan amanah yang teragung itu”

Ayat ini diturunkan mewajibkan Rasullulah dan para sahabat untuk solat Qiamullail, selama dua belas bulan lamanya perintah ini diwajibkan kepada Baginda Rasullulah S.A.W dan Sahabat, namun setelah genap setahun ayat yang kedua puluh surah yang sama diturunkan bagi memberikan keringanan kepada para sahabat menjadikan solat ini hanyalah sebagai perkara sunat, namun tetap diwajibkan kepada Baginda Rasullulah S.A.W..

Lihatlah, betapa Allah S.W.T mahu mengajar kita. Untuk membawa agenda dakwah ini sebenarnya bukan semudah yang disangka, kerana diri terlebih dahulu perlu dipersiapkan dengan apa yang dimanakan Tarbiyyah Rohiah.. benar kita bukanlah seorang seperti Nabi yang mendapat Tarbiyyah Ilahi namun perlu diingat Al-quran itu diturunkan juga buat kita..

Jadi kalaulah Baginda Rasullulah S.A.W juga diajar dan dididik dengan tarbiyyah yang sebegitu rupa (amalan Qiamullail) bagi mempersiapkan kekuatan menghadapi segala mehnah dan tribulasi di jalan dakwah ini kenapa tidak kita yang juga di amanahkan sebagai khalifah di muka bumi ini??

Surah ini telah memberikan isyarat yang jelas kepada seluruh makhluk yang bergelar manusia bahawa Tarbiyyah Rohiah (hati) itu sememangnya diperlukan sebelum melangkah ke medan yang lebih besar, kerana musuh dalam perperangan kita contohnya. Bisa saja mereka penat dan terlalai, tetapi musuh yang sudah berjanji kepada Allah S.W.T bahawa mereka takkan pernah jemu untuk menyesatkan kita itu sebenarnya berada dalam diri kita sendiri dan sentiasa mendampingi kita di setiap masa dan ketika iaitu syaitan laknatullah.



Jadi ayuhlah kita selaku pemegang taklifan sebagai seorang Khalifah di muka bumi ini, menghidupkan kembali apa yang dinyatakan dalam surah Al-Muzzammil yang menyeru kita bangun di waktu malam mengerjakan solat, membaca Al-Qur'an, berzikir dengan khusyuk dan menumpukan ingatan kta kepada Allah S.W.T semata-mata. Sebagai bekalan untuk menghadapi segala macam dugaan dan rintangan dalam bermusafir di dunia yang sementara ini..

RUJUKAN:

1- Tafsir Fi Zilalil Qur'an, As-Syahid Sayyid Qutb.
2- Terjemahan Hadis Shahih Muslim, Bulan Bintang Jakarta
3- Quranic Group 1 Bahagian 2, Itqan Event Management.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals