Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, July 1, 2010

Kembar pintar wakili negara

بسم الله الرحمن الرحيم

Kembar pintar matematik wakili negara ke IMO



Majlis penyerahan replika cek sumbangan Exxon Mobil kepada pasukan Malaysia yang akan menyertai pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa di Atlanta pada majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin.



KUALA LUMPUR 30 Jun - Kembar seiras berkongsi kegembiraan apabila dipilih mewakili negara ke pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) di Astana, Kazakhstan pada 2 hingga 14 Julai ini.
How Si Wei dan How Si Yu yang berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, Shah Alam, Selangor merupakan pelajar termuda daripada enam peserta negara yang akan menyertai pertandingan itu.
Pengumuman nama peserta dibuat oleh Naib Presiden Persatuan Sains
dan Matematik Malaysia (Persama), Prof. Madya Dr. Arsmah Ibrahim dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.
Pada majlis itu turut diadakan majlis penyerahan cek daripada ExxonMobil Subsidiaries Malaysia bernilai RM100,000 yang akan digunakan untuk membiayai program IMO tahun ini.
Cek itu diserahkan oleh Pengarah Sumber Manusia syarikat itu, Lokman Baharuddin kepada Arsmah.
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Persama, Prof. Dr. Mohd. Salmi Md. Noorani.
Selain kembar tersebut, empat lagi peserta negara yang dipilih ke IMO ialah Tham Ying Hong, Muhammad Faiz Zulbadli, Muhammad Aqil Kamarudin dan Joshua Lim Kai Tsen kesemuanya berumur antara 15 hingga 19 tahun.
Si Wei dan Si Yu ketika ditemui selepas majlis itu berkata, kejayaan menyelesaikan persoalan matematik memberikan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
"Disebabkan keserasian di antara kami berdua, ia memudahkan lagi kami berbincang dan melakukan latihan bersama. Kami akan berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia kali ini," kata Si Wei.
Sementara itu Lokman berkata, sumbangan yang diberikan ExxonMobil bukan setakat menunaikan tanggungjawab sosial korporat semata-mata, sebaliknya lebih penting usaha itu menepati bidang keutamaan syarikat itu iaitu pembangunan modal insan melalui pendidikan sains dan matematik.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals