Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, July 1, 2010

ANDROID

altبسم الله الرحمن الرحيم
KETIKA iPhone masih lagi hebat diperkatakan di Malaysia, Google cuba menyelit dengan melancarkan telefon bimbit pintar terbaru mereka Nexus One, 5 Januari lepas.
Dilihat sebagai saingan tedekat iPhone, Nexus One dilihat merupakan pencabar utama kedua-dua spesies itu dalam generasi telefon bimbit pintar.
NEXUS One bakal menjadi pencabar kepada iPhone dan juga Balckberry dalam segmen telefon bimbit pintar.

Dilancarkan di Ibu Pejabat Google di Mountain View, California, jentera Nexus One masih menggunakan sistem operasi (OS) Android terbaru namun perkakasan dalam telefon itu direka bentuk dan dihasilkan oleh pembuat telefon bimbit Taiwan, HTC. Bagi pemain industri, pelancaran telefon itu amat menggembirakan ekoran spesifikasi teknikal dan harga yang dibayangkan pada khabar angin menepati sasaran.
Telefon bimbit pintar itu menggunakan prosesor laju 1GHz dengan skrin sesentuh yang lebar seluas 3.7 inci berasaskan LED dengan dilengkapi kamera bina dalam 5-megapiksel.
Kemaskini OS Android juga lebih menarik dengan animasi dan interaktif latar belakang hias serta antara muka tiga
dimensi (3D).
Menariknya, telefon pintar ini dilengkapi dengan pengecaman suara sentiasa ada yang merupakan ciri-ciri kejutan yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencari dan memasukkan teks sama ada untuk e-mel ataupun nota dengan hanya bercakap kepada telefon berkenaan.
Sistem mikrofon berganda yang mampu memadamkan bunyi bising latar untuk percakapan yang lebih jelas juga dilihat antara ciri-ciri menarik Nexus One.
Menurut Google, telefon bimbit pintar yang sarat dengan perisian masa kini itu akan dipasarkan Amerika Syarikat,
United Kingdom, Hong Kong dan Singapura sebagai negara percubaan.
alt

PEMINAT telefon bimbit pintar amat berharap Nexus One mempunyai perisian yang setanding dengna iPhone.

Namun apa yang menarik, peminat telefon ini boleh memilikinya dengan membeli secara dalam talian di www.google.com/phone dan akan dihantar dari AS.
Yang paling menarik ialah, telefon bimbit itu setakat ini akan dijual kepada pengguna tanpa perlu mendaftar dengan apa-apa pelan atau kontrak dengan syarikat telekomunikasi (telco).
Termasuk kos penghantaran ke Singapura, ia akan dijual dengan harga US$577.31 (RM1,949.86).
Jadi bagaimana Nexus One jika dibandingkan dengan iPhone? Pada peringkat awal ini, dari segi prestasi, Nexus One dikatakan lebih memberi respons yang pantas.
Ubahan mengikut spesifikasi sendiri termasuk animasi antara muka dan juga interaktif latar belakang menjadi antara faktor Wow! kepada pengguna setakat ini.
Bagaimanapun, ciri-ciri sentuh pelbagai yang membolehkan pengguna berinteraksi secara normal dengan telefon bimbit dilihat hilang daripada Nexus One namun menurut Google, ia mampu dikemas kini melalui perisian terbaru selepas sudah ditingkatkan kelak.
Apa yang diharapkan bagi penminat Nexus One hanyalah perisian Android mampu berkembang sama seperti perisian iPhone.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer