Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, July 11, 2010

Peristiwa ISRAK MIKRAJ 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sampai di Masjid Al-Aqsa Baginda turun dari Buraq dan mengimamkan solat dua rakaat kepada para ambiya dan para mursalin. Setelah selesainya solat, Baginda dibawa oleh jibrail 2 gelas air susu dan arak. Baginda memilih air susu untuk diminum, maka berkata jibrail “Baginda membuat pilihan yang betul, jika Baginda memilih air arak nescaya ramai umat Baginda akan sesat.” Apabila selesai Baginda minum, berlakulah peristiwa mikraj iaitu :
  1. Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  2. Langit Pertama: Baginda dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  3. Langit Kedua: Baginda dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Yahya as.
  4. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
  5. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.
  6. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
  7. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa as. Baginda mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  8. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Baginda, Nabi Ibrahim as bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitulah La Haula Wala Quwwata Illa Billah". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim as bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa Lah Ilaha Illallah Allahu Akbar Dan Wa Lah Haula Wa Lah Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Baginda dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  9. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Baginda menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  10. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Baginda masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  11. Tangga Kesepuluh: Baginda sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Baginda. Allah swt : “Ya Muhammad.” Baginda : “Labbaika.” Allah swt : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.” Baginda : “Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.” Allah swt : “aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang”
  12. Selesai munajat, Baginda di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Baginda merayu kepada Allah swt agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Allah mensyariatkan solat 5 waktu kepada umat Islam, Baginda turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Peristiwa Israk dan mikraj merupakan bukti kekuasaan allah kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini juga sebagai ujian kepada umat Islam, kerana mengikut logik akal peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh sepantas 1 malam berlaku. Tetapi iman seseorang itu akan membenarkan peristiwa ini adalah benar dan merupakan peristiwa yang bersejarah kepada umat Islam.

1 comment:

  1. tahukah anda...rentetan peristiwa israk mikraj ini lah yang menjadi asas ibadah kita..maka WAJIBLAH KITA MENGINGATI dan menyambut peristiwa ini dengan melakukan IBADAH ,sembahyang sunat,puasa sunat,sedekah,ceramah dan majlis ilmu....INSYAALLAH..

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer