Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, July 13, 2010

Ramainya....

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009. Sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam. Perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian). Sumber rasmi JPN.

Sangat memalukan umat Islam yang paling ramai atau mejoriti dalam masalah kelahiran luar nikah berbandingkan dengan agama lain. Sepatutnya umat Islamlah yang lebih baik dari umat agama lain, kerana Islam telah melarang umatnya melakukan maksiat atau zina. Islam juga telah menetapkan hukum yang tertentu bagi orang yang melakukan zina dan maksiat.

Kepada siapa yang patut dipersalahkan. Adakah ini salah ibu bapa? Adakah ini salah guru-guru? Adakah ini salah orang agama? Adakah ini salah pemerintah? Jawapan saya ialah semuanya salah sebab tidak menjadikan cara hidup Islam sebagai penghayatan umat Islam. Subjek pendidikan Islam hanya dijadikan sebagai mata pelajaran dan bukan dijadikan penghayatan. Hukuman syariat tidak ditegakkan secara menyeluruh sehingga berlakulah masalah zina, maksiat dan sebagainya. Sepatutnya semua pihak tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan semua pihak perlu bersatu tenaga mencari metode atau penawar untuk mencegah gejala sosial ini.

Percayalah, musibah besar akan diturunkan oleh Allah kepada umatnya yang jauh lupa kepada Allah dan tidak mengamalkan lagi ajarannya. Apabila musibah atau bencana datang tidak mengira usia, mangsa, keturunan dan semua manusia akan dimusnahkannya. Sebelum datangnya musibah Allah, maka lebih eloklah kita semua jadikan kehidupan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dijadikan sebagai cara hidup. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan sumber kehidupan kita semua. Nescaya semua masalah ini dapat dihindarkan tanpa perlu bermodalkan duit yang banyak seperti sekarang ini. Islam itu agama yang indah dan sangat sesuai diamalkan dari dahulu, kini selamanya hingga ke akhir hayat
.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals