Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, May 9, 2010

Bayi yang di DELETE...



BEIJING: Tradisi penduduk luar bandar China yang membuang mayat bayi kerana dianggap membawa sial, dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan 21 mayat dan janin kanak-kanak di timur China, dipercayai dibuang pekerja rumah mayat hospital.
Mayat bayi berkenaan dengan sekurang-sekurangnya satu dimasukkan ke dalam beg kuning bertanda 'sisa perubatan’ ditemui terapung dan hanyut di sepanjang sungai di pinggir bandar Jining di wilayah Shandong, akhir minggu lalu

Polis menahan dua pekerja rumah mayat di sebuah hospital yang menerima bayaran daripada keluarga bayi terbabit untuk ‘menghapuskan’ mayat mereka.
Polis menahan dua pekerja rumah mayat di sebuah hospital yang menerima bayaran daripada keluarga bayi terbabit untuk ‘menghapuskan’ mayat mereka.


Antara persoalan yang ditimbulkan termasuk mengapa begitu ramai ibu bapa tergamak membuang mayat bayi mereka. Akhbar Qilu Evening News melaporkan, mengikut prosedur hospital, keluarga akan dipanggil untuk menuntut mayat bayi.
Bagaimanapun, akhbar itu menyatakan, kematian bayi dianggap ‘membawa malang’ di kalangan keluarga luar bandar dan mayat mereka akan dibuang atau ditanam di kubur yang tidak bertanda termasuk mengupah orang untuk mengebumikannya.

“Mengikut budaya di beberapa tempat, bayi yang meninggal dunia, tidak dianggap ahli keluarga dan tidak akan dikebumikan di makam keluarga,” kata Profesor Institut Etika Perubatan Universiti Shandong, Cao Yongfu.

1 comment:

  1. Semuga budaya demikian tidak merebak kedalam masyarakat Islam dan dunia Melayu ..... Inshaallah.

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals