Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Monday, May 10, 2010

re-arranged the system..


Rencana bersiri ini cuba mengupas kemelut yang melanda institusi keluarga masyarakat Melayu negara ini di tengah-tengah berleluasanya gejala sosial terutama dalam kalangan remaja.

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Keluarga ialah institusi penting yang menjadi teras dan tunjang pengukuhan sesebuah masyarakat.
Umpama tiang penegap sebuah rumah, andai goyah tiang, sekilas dilanda badai pasti rumah bukan sahaja tersungkur tetapi akan musnah. Sementelah punah keluarga, berkecailah nusa dan bangsa!
Gejala sosial termasuk penagihan najis dadah, minum arak, sumbang mahram, zina, keganasan rumah tangga serta pembuangan bayi yang semakin banyak dilaporkan tidak mustahil bertukar menjadi lumrah kehidupan masyarakat akhir zaman jika ia tidak ditangani dengan bijak mulai daripada sekarang.

Justeru di tengah-tengah fenomena yang dibimbangi akan terus mencemar kesucian insitusi keluarga Islam negara, pendekatan agama dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani kemelut gejala sosial sebelum "retak menjadi belah" dan "sebelum nasi menjadi bubur".
 
FAHAMI ISLAM
"Umat Islam perlu diberi kefahaman apa dia Islam yang sebenarnya. Kita dulu faham Islam sebagai Ad'din iaitu cara hidup tetapi kita perlu sedar cara hidup itu meliputi pelbagai aspek bukan setakat solat dan puasa sahaja.
 
MENYUSUN MASYARAKAT
  .

KEMELUT PERADABAN
Kemelut yang mengacau-bilaukan masyarakat hari ini lebih kepada kemelut peradaban bukan kemelut ekonomi,

MENJADI RAPUH

Tekanan hidup dilihat sebagai antara faktor yang membuatkan institusi keluarga menjadi rapuh. Tekanan hidup yang semakin hebat juga mendorong sesetengah orang membunuh diri!
 
TIDAK BOLEH BERGANTUNG

PERLUNYA MENDIDIK

  pendekatan utama yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan ialah sistem pendidikan supaya umat Islam dapat melihat Islam ialah agama yang menjana peradaban.
Undang-undang Islam atau hukuman,  boleh dilaksanakan selepas pendekatan untuk mendidik dalam menyusun masyarakat diambil.


TIDAK MUDAH

Apa juga penyelesaian kepada masalah semestinya tidak mudah dan tidak ada jalan pintas.
Begitu juga jika dalam soal membangun dan menyusun sebuah masyarakat apatah lagi jika dalam masyarakat itu sudah ada bibit-bibit keretakan.

PERANAN MASJID
  di zaman Rasululullan SAW, baginda menggunakan masjid sebagai pusat pemerintahan, tempat perhimpunan dan perbincangan di mana kemudiannya wujudlah sebuah masyarakat yang mempunyai peraturan dan sistem.

"Fungsi masjid perlu diperluas. Masjid boleh berfungsi untuk memberi panduan dan maklumat kehidupan untuk masyarakat, umpamanya mengenai soal berhubung pemakanan, kesihatan dan menjadi pusat riadah, sukan dan seni mempertahankan diri.

"Kita perlu menggunakan pendekatan kreatif untuk menarik masyarakat termasuk golongan muda untuk ke masjid. Mereka yang merempit itu mungkin kerana kurang aktiviti riadah," 
sumber -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals