Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, May 16, 2010

Parti liar estacy,ketamin,syabu



SEBAHAGIAN remaja yang ditahan ketika menyertai parti liar 
di sebuah bilik pusat peranginan di Port Dickson, awal pagi semalam.
27 remaja ubah suai bilik penginapan jadi disko mini lengkap sistem bunyi


PORT DICKSON: Seramai 27 orang termasuk lima pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta seorang remaja perempuan 16 tahun diserbu ketika asyik berparti liar di sebuah pusat peranginan di sini, awal pagi semalam. Polis kemudian menahan 16 daripada mereka, termasuk empat wanita kerana positif dadah jenis ecstasy dan ketamin selain beberapa yang lain kerana memiliki dadah dalam operasi kira-kira jam 3 pagi itu. Berita Minggu difahamkan, kumpulan terbabit yang kebanyakannya datang dari Lembah Klang, bertindak mengubah suai sebuah bilik di pusat peranginan yang dijadikan disko mini selepas mendaftar masuk, kelmarin.

Sumber berkata, mereka turut membawa peralatan parti sendiri termasuk sistem bunyi dan lampu disko bagi menghidupkan suasana.

“Ada di antara mereka didapati turut mengambil dadah untuk menambah keseronokan sambil menikmati alunan muzik rancak,” katanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata polis turut menemui dadah jenis ketamin di sebuah bilik yang disewa kumpulan itu.

1 comment:

  1. kehidupan moden yang didakwa mengikut arus kemajuan,..ikut trend...

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer