Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, June 8, 2010

Setan jonggos

  بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, semalam, diberitahu bahawa pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, dilihat memijak perut dan menyepak bahu kiri seorang budak di padang Batu 30, dekat Batang Kali, pada petang 25 Februari lalu, hanya kerana kanak-kanak itu enggan memakai selipar
Saksi pendakwaan keenam, Ahmad Fikrihalis Zakaria, 19, berkata dia melihat tertuduh , Mohd Fazli Azri Jamil, 28(aka SETAN JONGGOS), berbuat demikian ketika melewati padang itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas terbabit dengan tugas menghias rumah sukan di sekolah.

Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor itu berkata, Mohd Fazli yang dikenalinya dengan nama panggilan Mat menyuruh budak itu kembali bangun selepas terpelanting akibat disepak, tetapi kanak-kanak itu tidak berdaya berbuat demikian.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Halim Mohd Rashid dan Zureen Alina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.
IDHAM: Apakah suasana ketika kamu tiba di padang itu pada petang 25 Februari?
AHMAD FIKRIHALIS: Ada budak bermain bola sepak.
IDHAM: Apabila kamu nampak Mat memijak perut seorang budak. Apakah tindakan kamu?
AHMAD FIKRIHALIS: Saya patah balik. Saya pergi ke padang.
IDHAM: Apa berlaku selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Mat nampak saya. Dia kata, kau pernah nampak budak kena terajang? Jarak antara kami ketika itu hanya kira-kira 10 meter.
IDHAM: Apa berlaku selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Saya berhentikan motosikal. Saya kata, apa ni Mat, dia budak kecil.
IDHAM: Selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Mat tidak cakap apa-apa, tetapi dia terus sepak bahu kiri budak itu.
IDHAM: Masa dia pijak perut, budak itu dalam keadaan macam mana?
AHMAD FIKRIHALIS: Ketika dia sepak budak itu, kanak-kanak itu duduk atas tanah dengan kaki lurus ke depan, manakala kedua-dua tangganya di belakang badan.
IDHAM: Macam mana tertuduh tendang budak itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Dia tendang dengan cara yang amat kuat.
IDHAM: Apa jadi selepas dia tendang budak itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Budak itu terpelanting ke belakang.
IDHAM: Apa reaksi budak itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Dia tidak menangis.
IDHAM: Selepas tertuduh sepak dan budak itu terpelanting dia suruh budak itu bangun. Budak itu tak larat nak bangun. Mat jinjing tangan budak itu. Dia lepas (tangan). Budak itu jatuh balik.
AHMAD FIKRIHALIS: Selepas itu saya tanya kepada tertuduh, Apa hal ni Mat? Dia bagi alasan budak itu tak mahu pakai selipar.
IDHAM: Apa terjadi selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Saya katakan kepada tertuduh, biar saya angkat mangsa. Saya angkat budak itu, saya bawa dia ke dalam teksi milik Mat. Teksi itu ada di tepi padang.
IDHAM: Bagaimana kamu angkat budak itu.
AHMAD FIKRIHALIS: Saya angkat dengan menggunakan kedua-dua tangan saya dan dia sempat berkata kepada saya dia sakit. Saksi kemudian berkata, tertuduh kelihatan marah apabila beberapa lelaki yang sedang bermain bola sepak menghampiri mereka untuk menghulurkan bantuan dan bergegas meninggalkan tempat kejadian dengan memandu teksinya itu.
**apakah peranan masyarakat sebelum ini,setelah terjadi perkara ini,barulah terbuka pekong....bersekedudukan ..lama pulak tu...sampai beranak pinak...apa peranan ibubapa,?peranan masyarakat sekeliling??kenapa tidak dicegah dari awal lagi,..ada ke teguran ,tangkapan,bentuk pencegahan lain, .nampaknya banyak dalang berjalang berselindung di sebalik .......pihak yang sepatutnya ..tak cegah ka dulu...?heran jugak....biarkan ajer orang2 ni hanyut dalam maksiat?....**

3 comments:

  1. agaknye...setan jonggos ni taik pit,taik judi,kaki pompuan,pusher aisz kot...

    ReplyDelete
  2. Dia ni BINATANG CELAKA NI!!!!! Saksi lebih daripada cukup utk sabitkan bersalah dan dihukum bunuh balas...

    ReplyDelete
  3. mungkin marahkan mak, lepaskan pada anak..

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals