Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, April 23, 2010

beza di negara kita....16 maut setiap hari!!

JEDDAH: Lebih 275,000 orang, termasuk kanak-kanak cedera setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di seluruh Arab Saudi.
Menteri Kesihatan, Dr Abdullah AL-Rabeeah berkata, jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi memberi tekanan kepada hospital kerajaan.
Memetik laporan terbaru yang dikeluarkan pihak pentadbiran hospital, Abdullah juga menegaskan, kira-kira 6,000 orang terbunuh di negara itu setiap tahun kerana kemalangan jalan raya atau 16 orang setiap hari, 500 orang setiap bulan.
Menurut kertas kerja yang dibentangkan pada satu forum mengenai keselamatan jalan raya kebangsaan pada 2009, 4.3 juta kemalangan jalan raya berlaku dari 1989 hingga 2008 di negara itu dan 34 peratus daripadanya berpunca daripada memandu laju ketika lampu merah.
Abdullah menegaskan kepentingan sistem elektronik ‘Saher’ yang bertujuan mengesan kesalahan trafik dengan berkata, ia akan memainkan peranan penting dalam melindungi orang ramai daripada pemandu yang mementingkan diri sendiri.
“Penurunan jumlah kemalangan jalan raya akan memberi kesan positif pada hospital kerajaan di negara ini,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Kebangasaan, Ali Al-Ghamdi yang kini menjadi Profesor Pengajian Trafik dan Kejuruteraan Kenderaan di Universiti Raja Saud berkata, sepertiga daripada katil di hospital kerajaan diduduki oleh mangsa kemalangan jalan raya. - Agensi

1 comment:

  1. mereka mati pasal kemalangan,...di negara kita kanak-kanak,bayi mati,dibunuh emak bapak sendiri...!
    adaa yang diblender,
    dihancurkan,...nak tutup malu..
    .Nauuzubillahhiminnzaalik!!

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer