Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, April 23, 2010

siapa punya kerja ni?



Utara: Perang poster rangsang seks
Posted on the April 22nd, 2010 under Berita, Tempatan by johnjimat
Penduduk minta pihak berkuasa tangani iklan haram yang bersepah di Alor Setar
ALOR SETAR: Perang iklan produk penguat tenaga batin lelaki yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini disifatkan mampu mencemar imej bandar raya ini apabila ditampal di merata tempat.
Iklannya boleh dijumpai di mana saja termasuk persimpangan jalan, perhentian bas, kaki lima, pokok, tiang lampu, dinding bangunan atau di papan tanda. Apa yang menghairankan perang iklan termasuk poster, pelekat dan kain rentang yang mempromosi produk terbabit tidak dipantau agensi bertanggungjawab.

Tinjauan Berita Harian mendapati, setiap produk penguat tenaga batin lelaki yang dipromosi itu juga tertera nama orang yang boleh dihubungi bagi membekalkan stok kepada pelanggan.
Lebih menjijikkan ada pengeluar yang menggunakan slogan melampau termasuk meletakkan gambar dan objek simbolik bagi meyakinkan pelanggan mengenai keberkesanan produk mereka.
Slogan seperti tahan lama, lebih gagah, saiz XXXL dan pemuas wanita terpampang di setiap iklan produk terbabit dan ia amat tidak sesuai untuk tatapan kanak-kanak atau pelajar.
Lebih menghairankan, bagaimana produk yang belum dikenal pasti mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan itu dibenar melakukan promosi besar-besaran tanpa pemantauan agensi berkaitan.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, 30-an berkata, dia pernah cuba menghubungi syarikat pengeluar produk berkenaan menerusi iklan yang ditampal di kaki lima tempat kerjanya.
Beliau berkata, panggilannya dijawab seorang lelaki yang menjelaskan produk itu diberi terus ke tangan pelanggan menerusi pertemuan di tempat ditetapkan.

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Lim itu berkata, produk itu disahkan tidak berbahaya, selamat selain berkesan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Saya cuba bertanya harga produk berkenaan dan bagaimana mahu mendapatkannya, lelaki itu menjelaskan lebih senang jika kami bertemu.
Lelaki itu mengesahkan lokasi dan masa pertemuan sebelum meletakkan telefon. Tetapi saya tidak hadir ke tempat dijanjikan kerana bimbang keselamatan diri.

Tambahan niat saya hanya untuk menyiasat kesahihan produk itu, katanya.
Fatin berkata, bagaimanapun lelaki berkenaan menghubunginya berkali-kali dan meminta dia segera ke tempat dijanjikan untuk mengambil produk berkenaan.
Tinjauan mendapati rata-rata masyarakat setempat tidak senang dengan perang iklan produk penguat tenaga batin kerana menyifatkan selain mencacatkan pemandangan ia kemungkinan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.
Pengawal keselamatan, Abdul Wahab Musa, 48, berkata, lambakan produk penguat tenaga batin lelaki ini boleh memperdaya segelintir pihak khususnya pasangan yang mempunyai masalah hubungan intim.
Kita bimbang produk ini boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pelanggan kerana ia tidak dikenal pasti sama ada mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan atau sebaliknya, katanya.
Peniaga, Mohamad Yakob, 30, berkata, ada iklan produk penguat tenaga batin ini menggunakan perkataan melampau dan tidak disenangi.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti mereka tidak menyenangi iklan produk tenaga batin lelaki ini kerana dalam usia mentah pasti kanak-kanak mahukan penjelasan daripada ibu bapa.
Justeru, perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa tempatan mahupun Bahagian Farmasi kementerian itu, katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sudah melancarkan operasi menurunkan iklan tidak berlesen di negeri ini termasuk iklan produk tenaga batin berkenaan.
Bagaimanapun, kebanyakan pengiklan haram ini akan menaikkan semula iklan mempromosi produk mereka termasuk melekatkannya di tempat larangan seperti pada tiang elektrik, lampu isyarat, kaki lima dan meter bacaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Kita sentiasa memantau aktiviti pengiklan haram ini. Bagaimanapun, usaha untuk menyekat kegiatan mereka agak sukar kerana kebanyakannya beralamat palsu, katanya.
Sumber : Bharian.com.my

3 comments:

  1. Salam ziarah,orang sekarang hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan kesan pada masyarakat.Yang lebih parah lagi program-program realiti tv yang di adakan oleh stesyen-stesyen tv yang banyak menghakis akhlak Islam dan budaya timur tumbuh bagaikan cendawan tanpa sekatan dari pihak berkuasa,Sedangkan program-program agama sentiasa di pantau dengan pelbagai sekatan.

    ReplyDelete
  2. panjangnya n3 hang, cut la sikit. zaman kalut ni mana boleh baca panjang-panjang sangat.

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer