Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, June 5, 2010

Direktori Pendidikan OIC Dilancarkan

بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Direktori Pendidikan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang menyenaraikan secara meluas universiti, kolej dan institusi pengajian tinggi di 57 negara anggota OIC, dilancarkan Sabtu.

Pada majlis pelancaran itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata direktori itu diharap akan menyediakan rujukan yang mudah untuk orang ramai memilih institusi pengajian tinggi yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Beliau berharap penerbitan direktori itu akan menarik lebih ramai warga asing untuk belajar di Malaysia, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan OIC.

Directori itu, satu-satunya direktori seumpamanya di dunia, akan diedarkan secara percuma kepada pelajar, ibu bapa dan kementerian menerusi pelbagai agensi kerajaan negara anggota OIC.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal pendidikan OIC di www.oiceduonline.com.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals