Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, June 3, 2010

Kerajaan Negeri Kedah memartabatkan tulisan jawi

بسم الله الرحمن الرحيم

ALOR SETAR, 1 Jun: Usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat dengan memartabatkan tulisan jawi bagi papan-papan tanda iklan di negeri tersebut begitu menonjol sejak kebelakangan ini.
Tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu memperlihatkan kesungguhan untuk menjadikan jawi itu sebagai satu tulisan yang perlu diutamakan dalam setiap aspek pentadbiran dan pengiklanan.

Menurut Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP), Anuar Ahmad, dengan wujudnya tulisan-tulisan jawi yang besar di papan-papan iklan dalam negeri Kedah membuktikan bahawa kerajaan negeri yang diterajui oleh PR mampu untuk membuat reformasi jika dibandingkan dengan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
"Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana dalam tempoh yang singkat pentadbiran Kerajaan Negeri PR ini usaha untuk memartabatkan tulisan jawi mempunyai kesungguhan sehingga terpampang dengan jelas apa yang menjadi hasrat kerajaan pimpinan Menteri Besar tersebut.
"Oleh kerana usaha ini adalah satu usaha murni yang mendaulatkan tulisan jawi maka Umno dan BN harus menjadikan sistem pentadbiran oleh Kerajaan Negeri Kedah ini  sebagai satu contoh yang harus diaplikasikan kepada keseluruhan papan iklan yang ada," katanya.
Papan-papan tanda iklan besar ini juga mudah dilihat dengan jelas di lokasi-lokasi strategik di beberapa daerah seperti Kulim, Padang Serai, Sungai Petani dan Alor Setar.

1 comment:

  1. Jawi has only 17 sweet dancing letters.
    Easy-on-the-eye, smart + easy to learn.
    Semarak Jawi dengan:
    1. Jawi Digital Khattat:
    http://typophile.com/node/48495
    http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
    http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
    http://typophile.com/files/Naskh%20Aziz_0.pdf
    2 Teka Silang Kata Kelopak
    http://www.typophile.com/node/51401
    ----------------------------------------------
    Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
    http://www.typophile.com/node/58330

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals