Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, June 13, 2010

BMW 320d Sports Berenjin diesel

بسم الله الرحمن الرحيم




TENTU masih ramai di kalangan kita yang beranggapan enjin diesel adalah milik kenderaan komersial yang mengeluarkan asap hitam berkepul dan bunyi yang bingit.
Namun seiring dengan langkah kerajaan Malaysia menaikkan mutu minyak diesel ke tahap Euro 2, tanggapan itu bakal diubah dan diketepikan.
Langkah kerajaan itu disambut oleh pengeluar-pengeluar kereta terkemuka dengan membawa lebih banyak model berenjin diesel.
BMW bukan sahaja sekadar itu tetapi dengan beraninya memperkenalkan pelbagai varian diesel sekali gus.
Tiada alasan lain yang diberikan oleh BMW Malaysia melainkan bahawa enjin diesel sememangnya sudah menjadi pilihan ramai bagi penggunanya di Eropah, walaupun tahap diesel di sana sudah mencecah Euro 5.
Bila Malaysia naik kepada Euro 2, ia bukan saja disifatkan 'lebih baik daripada tidak ada langsung' tetapi dipercayai akan menyaksikan tahap itu dinaikkan secara berperingkat bagi menepati keperluan global.
Hanya dengan menyamai piawaian global barulah Malaysia akan dapat menikmati teknologi diesel terkini daripada pengeluar kereta dunia. Model yang diperkenalkan oleh BMW meliputi 3 Series sehingga 7 Series dalam konsep EfficientDynamics. Malah teknologi diesel yang dibentangkan kepada Malaysia adalah sama seperti di Eropah, iaitu ia tidak mengeluarkan asap hitam, lebih kuasa kilas dan berkuasa.
Model sport BMW 3 Series iaitu 320d memiliki semua ciri di atas dan menggunakan enjin diesel Euro 3. Daripada reka bentuk luar, ia tidak berbeza langsung dengan BMW 320 berenjin petrol. Jeriji depan 'buah pinggang' yang lebih meruncing, mirip kepada 7 Series begitu menggiurkan. Lampu depan bulat sememangnya telah menjadi lambang azali BMW sama ada siang atau malam.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals