Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, June 19, 2010

penang bahu -pukau

بسم الله الرحمن الرحي
KUALA LUMPUR: Sentuhan ajaib. Itu kelebihan luar biasa dimiliki seorang wanita berusia awal 30-an apabila dia dikatakan mampu memukau mangsa dengan hanya menyentuh bahu mereka.

Difahamkan, wanita licik terbabit akan menyamar pengasah bakat model baru dipercayai bertujuan untuk mendekati mangsanya. Sebaik mendekati mangsanya, dia akan melakukan sentuhan pada bahu kiri mangsa yang dikatakan mampu membuatkan mereka tidak sedarkan diri sebelum menyerahkan semua barang berharga seperti wang tunai dan barang kemas. Mendedahkan perkara itu, seorang mangsa terbaru yang mahu dikenali sebagai Airien, 23, berkata, dia kerugian hampir RM8,000 apabila dipukau wanita terbabit ketika bekerja di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini, kelmarin. Menurutnya, dia didatangi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pencari bakat model baru, kira-kira jam 3 petang. “Wanita terbabit turut membawa beberapa pakaian untuk dicuba. Pada mulanya saya enggan, namun dia kemudian menyentuh bahu menyebabkan saya seperti dalam keadaan separuh sedar. “Saya diarah menukar pakaian dan wanita itu mendakwa akan melakukan sesi fotografi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Airien berkata, dirinya menjadi seperti orang bodoh dan tidak mampu menolak setiap permintaan wanita terbabit. “Saya bergegas ke Balai Polis Bandar Sunway untuk membuat laporan kejadian itu,” katanya.
م

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer