Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, June 13, 2010

Lexus LS 460 versi sport

بسم الله الرحمن الرحيم


Versi sport ini dipasang dengan spoiler depan, skirting sisi, spoiler bahagian bawah but, selain warna badan hitam dan rim roda aloibersaiz 19 inci multispoke.


BUAT pertama kalinya, Lexus Malaysia memperkenalkan varian sport bagi model paling mewahnya di pasaran negara ini, Lexus LS 460 sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan karakter pemanduan yang lebih sporty dalam barisan jenama Lexus. Dari kejauhan, mungkin tidak nampak perbezaan antara versi sport ini dengan versi mewah iaitu LS 460L.
Namun, pemerhatian lebih teliti akan dapat mengesan bahawa varian sport ini didatangkan dalam satu warna eksklusif iaitu hitam dengan body kit sekeliling
yang menambahkan elemen ‘maskulin’ dan garisan krom pada bawah badan serta saiz rim roda 19 inci.
Lampu depannya kini lebih besar dengan pencahayaan Bi-Xenon dan 8 LED (light-emitting diodes) di dalamnya dan elemen LED itu turut ada pada sebelah lampu isyarat cermin sisi, bagi menerangi kawasan luar pintu semasa berhenti. Jeriji depannya terdapat empat baris (berbanding lima bagi varian LS 460L) dan diberi gaya lekuk berwarna hitam.
Tatkala LS 460L adalah kenderaan menyerupai konsep limosin iaitu dibawa oleh pemandu peribadi dan pemiliknya di belakang, LS 460 Sport ini adalah bagi pemilik yang mahu memandu sendiri kereta mewah yang lengkap dengan ciri-ciri teknologi automotif yang tinggi.
Harganya pun RM110,000 lebih murah dari LS 460 L yang dijual pada harga atas jalan RM829,448 sebuah tanpa insurans. Dengan insurans tambah RM21,687 manakala LS 460 Sport ialah RM719,448 (insurans RM18,827).
Ruang dalaman LS 460 Sport, menawarkan tiga pilihan warna dalaman dengan Black Saddle Tan sebagai warna eksklusif termasuk trim kayu dipanggil Ash Burl yang mencetuskan rasa anggun dan mewah, apatah lagi ia direka ‘bertemu’ dari papan pemuka ke panel pintu. Ia mengagumkan (lihat gambar) kerana ia kelihatan sungguh ‘tepat’.
Papan pemuka LS 460 ini telah diberi sedikit sentuhan baru bagi menekankan cita rasa ruang luas. Trim krom aluminium juga digunakan pada panel instrumen. Di tengah papan pemuka ialah panel sesentuh EMV (Electronic Multi Vision) yang memaparkan pelbagai maklumat seperti pendingin hawa, audio dan hiburan lain. ‘Butang’ penukar bagi EMV telah diperbesarkan bagi mudah untuk dikenal pasti dan digunakan.
Sebagai sebuah kenderaan berlogo sport, LS 460 Sport ini mempunyai padel penukar gear pada kemudi roda sama seperti kereta F1. Cuma disebabkan saiznya masih terasa besar, penulis langsung tidak menggunakan padel tangan semasa sesi pandu uji. Tidak selesa.
Satu ciri yang tidak dikurangkan antara LS 460 L dengan LS 460 Sport ini ialah sistem audio yang direka khas untuk Lexus iaitu jenama mewah Mark Levinson. Menggunakan 19 pembesar suara, Mark Levinson 7.1 Reference Surround System mampu menghasilkan bunyi seakan dalam dewan konsert. Pasanglah lagu klasik Sebastian Bach. Terpegun seketika dibuatnya!

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer