Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, June 15, 2010

Pengaruh yahudi dalam masyarakat kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. Pada tahun 1511, kerajaan Islam Melaka tumbang, dan tidak lama selepas itu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang pula kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...demikianlah satu demi persatu kerajaan Islam telah jatuh ke tangan orang Kristian.


Macamana semua ini boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama ialah kitab dia, kedua adalah kekayaan kita dan ketiga ialah menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita seperti dalam sejarah. Mereka bukannya makan kari, dia datang dengan membawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja). Tujuannya untuk apa?? Tujuan utama ialah nak menyebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian ni sebenarnya?


Masyarakat Melayu kita panggil, gerakan cara halus ...Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia menggunakan kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan mengikut cara dan berlandaskan Islam lagi sebenarnya.


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan di dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian individu itu sendiri, bukannya organisasi.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals