Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, June 25, 2010

Harapan masih ada!

بسم الله الرحمن الرحيم

 SINGAPURA, 24 Jun (Bernama) -- Pesakit kanser hati mungkin mempunyai peluang hidup lebih lama jika satu kajian oleh sekumpulan doktor boleh dijadikan sebagai petunjuk.

Menurut Pusat Kanser Nasional Singapura (NCCS) hari ini, keputusan ujian menunjukkan bahawa pesakit kanser hati atau hepatocellular carcinoma (HCC) mungkin
hidup sehingga sembilan bulan lebih lama.

Kajian itu dilakukan oleh Asia-Pacific Hepatocellular Carcinoma (AHCC) Trial Group, sebuah kumpulan usaha sama yang dibentuk pada 1997 oleh doktor yang merawat kanser hati di pusat-pusat perubatan besar di rantau Asia Pasifik.

Matlamat kumpulan itu ialah mengendali pencegahan dan rawatan terapeutik di HCC, menjalankan penyelidikan asas dan translasi dalam bidang ini serta membangunkan program latihan dan pendidikan mengenai kanser hati.

Dalam satu kenyataan, pusat itu berkata menerusi satu ujian klinikal yang telah selesai, dua modaliti rawatan sedia ada, terapi sistematik (Sorafenib) dan terapi radiasi dalaman (SIR-Spheres) diberikan kepada pesakit sebagai terapi gabungan oleh para doktor.

Keputusannya menyaksikan mereka mampu mencapai jangka hayat purata selama 11.75 bulan untuk sekumpulan 35 pesakit.

Bagi kumpulan pesakit yang tidak mempunyai penyakit berjangkit, jangka hayat purata yang dicapai ialah 18.25 bulan.

Kesemua keputusan ini lebih baik berbanding rawatan terapi secara bersendirian, kata pusat itu sambil menambah bahawa kajian tersebut telah dibentangkan pada persidangan American Society of Clinical Oncology di Chicago, Amerika Syarikat, 6 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals