Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, June 25, 2010

troli supermarket di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم
AMPANG: Tidak bertanggungjawab! Itu ungkapan sesuai bagi individu yang tanpa segan silu membawa troli beli-belah milik sebuah pasar raya besar di sini, sehingga ke kawasan rumah mereka di sekitar bandar ini, tanpa memulangkannya semula.
Lebih menyedihkan apabila tindakan itu menyebabkan pekerja pasar raya besar berkenaan terpaksa ‘meronda’ sehingga sekitar Kampung Pandan, di sini, semata-mata untuk mencari troli diambil penduduk, malah ada didapati membawa troli sehingga ke unit pangsapuri mereka di tingkat 10.
Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan, mendapati beberapa troli diletakkan di tepi jalan raya berhampiran pasar raya berkenaan, malahan ada troli dibawa sehingga kawasan kondominium berdekatan dan kawasan perumahan di Pandan Jaya yang terletak kira-kira satu kilometer dari pasar raya itu.

Difahamkan, setiap pagi, pekerja akan meronda sekitar kawasan Pandan Jaya dan Desa Pandan dengan menaiki lori untuk memungut troli yang dibiarkan bersepah sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals