Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, June 24, 2010

perkahwinan tidak daftar lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepertimana yang telah diketahui umum, Maya sebelum ini telah berkahwin dengan Steven di Itali pada sekitar Jun 2008. Namun, daripada apa yang difahamkan oleh kebanyakan wartawan yang hadir pada petang itu, perkahwinan mereka masih belum lagi didaftarkan di Malaysia.

Apapun, kebanyakan wartawan terpaksa menunggu kira-kira 2 jam untuk menanti Maya dan suaminya keluar dari kamar mahkamah tersebut bermula dari jam 2.45 petang.
Sebaik saja suaminya keluar wartawan terus menyerbu dengan pelbagai soalan terutama tentang isu perceraian mereka.
"Bukan soal cerai. Tapi tiada sebarang keputusan yang diambil. Anda boleh tanya sendiri hal ini kepada Maya," katanya yang terus bergegas dari situ menuju ke keretanya untuk pulang.
Sejurus selepas itu, wartawan terpaksa pula menanti Maya keluar dari kamar mahkamah selama kira-kira 15 minit. Sebaik saja dia dia terpacul di luar pintu, wartawan terus mengasak-ngasak untuk menanyakan tentang status kehadirannya di situ.
Apabila disoal adakah ia berkenaan dengan status perkahwinannya, Maya memberikan jawapan: "No komen. Mungkin itu datangnya dari orang lain".
Dia kemudian terus berlalu dari situ tetapi telah dikejar oleh wartawan. Sekali lagi wartawan bertanya, apakah selepas ini dia akan berurusan dengan mahkamah lagi?
Jawab Maya: "Apa yang berlaku selepas ini, segalanya mungkin," katanya yang kelihatan cukup manis berbaju kurung dan bertudung litup putih.
Sebaik saja menjawab soalan itu Maya terus menaiki kenderaan dan meninggalkan segera kawasan mahkamah tersebut. Maya bagaimanapun hadir di situ tanpa ditemani sesiapa. Sebaliknya, dia hanya diwakili peguamnya, Nor Husniah Husin.
Sementara itu, peguamnya, Nor Husniah pula berkata: "Saya diarahkan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan tentang apa yang berlaku di dalam mahkamah sebentar tadi,"katanya.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer