Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, June 26, 2010

Relevan ke...ada udang ke..?

بسم الله الرحمن الرحيم

DI Malaysia, pendidikan seks di sekolah bukanlah satu isu baru. Ia sudah mula diperkatakan, malah didebatkan seawal 1980-an lagi. Mutakhir ini, khususnya seminggu lalu, isu pendidikan seks di sekolah mula diperkatakan kembali.Ia mula menarik perhatian umum apabila Menteri Pelajaran ketika itu mengumumkan mulai 2006, Malaysia akan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah. Kenyataan ini dibuat pada Disember 2005.

Dewasa ini kenyataan media berkaitan isu sosial sering memaparkan insiden yang kadang kala tidak pernah terbayang oleh akal yang waras. Dari sinilah timbul saranan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.  Namun, melihatkan rumitnya permasalahan ini,
isu pendidikan seks dicadangkan untuk diperkenalkan di sekolah kelihatan masih kabur.
Namun apa yang pasti, pelbagai maklum balas atau reaksi masyarakat sudah diperoleh. Dalam konteks ini, penyelesaian yang perlu diambil tidak boleh bersifat ‘ad-hoc’ kerana asas kepada permasalahan ini perlu dikenal pasti terlebih dulu bagi menjamin satu penyelesaian yang mantap sifatnya.

Hakikatnya, pendekatannya memerlukan kebijaksanaan dan kandungannya perlu diperhalusi. Kajian mengenai salah laku seks menunjukkan bahawa pendidikan seks di sekolah sebenarnya boleh membantu meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai perkembangan seks, tetapi tidak merubah tingkah laku seks mereka. Hasil ini jelas menunjukkan bahawa kawalan mutu serta maklumat mengenai pendidikan seks yang hendak disampaikan di sekolah perlu dilakukan dengan berhemah bagi menjamin kesan yang positif. Maklumat yang tidak jelas, bercelaru serta tidak mempunyai paksi yang kukuh hanya akan mengeruhkan persekitaran pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer