Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, June 22, 2010

mansuhkan UPSR,PMR !

بسم الله الرحمن الرحيم

BESUT, 21 Jun (Bernama) -- Ahli akademik menyokong langkah kerajaan untuk menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi meminta kajian
yang teliti dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

Kebanyakan mereka juga bersetuju supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan bagi mengukur mutu pencapaian pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata apa yang lahir melalui UPSR dan PMR selama ini hanya budaya pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan tidak melahirkan pelajar yang berpengetahuan atau berkemahiran.

Katanya, sepatutnya sistem persekolah bagi pelajar di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan tiga berasaskan kepada sejauh mana pelajar itu mampu menyelesaikan masalah.

"Lebih baik jika mereka dapat menggunakan pendidikan yang diterima bagi keperluan hidup mereka sehari-hari," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.

Menurutnya, di Malaysia pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan hingga menyebabkan pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam semata-mata.

**lepas ni kalau bebudak tak mau pi sekolah ...amacam?tapi mestinya ada rasional di sebalik pemansuhan ini ?**

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals