ALOR SETAR- Akibat menerima pelbagai gangguan dan ugutan daripada seorang rakan, seorang pelajar salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negeri ini menghadapi trauma sehingga memaksanya menerima rawatan psikiatri sejak kejadian itu.
Nur Rabiatul Adawiyah Rasyid,19, mendakwa dia begitu tertekan dengan keadaan itu sehingga terpaksa membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan dirinya.
Menurutnya, sudah dua kali laporan polis dibuat iaitu di Balai Polis Changlun pada 7 Mac dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada 28 Mac lalu berikutan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dirasakan boleh mengancam keselamatannya.
“Saya sangat tertekan selepas menerima SMS ugutan itu dan bertekad membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan selain kecewa dengan tindakan rakan yang turut mengadakan pelbagai cerita buruk untuk memulaukan saya dalam kalangan rakan yang lain,” katanya.
Nur Rabiatul berkata, kesan daripada cerita yang dicanang pelajar itu bersama enam rakannya yang lain ramai pelajar lain cuba menjauhkan diri daripada saya.
Menurutnya, ugutan yang diterimanya itu bermula apabila dia yang juga kapten pasukan futsal gagal mematuhi waktu latihan bagi menghadapi pertandingan futsal yang diadakan di IPTA itu kerana mengalami kecederaan.
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
No comments:
Post a Comment