JOHOR BAHRU: Dia bukan saja terkenal di kalangan penagih dadah, malah gadis genit perayau lorong gelap di sekitar bandar raya ini turut menjadi buruan lelaki hidung belang kerana menyediakan ‘pakej dua kali sedap’ dengan bayaran RM70 merangkumi dadah, jarum suntikan dan khidmat seks.
Ketika ditahan sepasukan anggota dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan operasi khas awal pagi semalam, gadis berusia 24 tahun berasal dari sebuah negeri di pantai timur itu mengaku membenarkan tubuhnya dijamah lelaki hidung belang selain menawarkan dadah.
Bagaikan tawaran harga runtuh, dia mengaku hanya mengenakan bayaran serendah RM70 bagi pakej berkenaan dengan alasan mahu mendapat untung lebih dan tidak hanya bergantung pada jualan dadah.

Mengikut pakej disediakan, pelanggan boleh mendapatkan bekalan dadah dan jarum suntikan serta layanan seks sebagai penambah `stim’ ketika bersama-sama khayal diulit dadah.
Pemeriksaan AADK dalam beg sandang dibawa gadis terbabit menemui 12 jarum suntikan belum digunakan yang dibungkus menggunakan kertas surat khabar, tiub kosong dipercayai untuk mengisi dadah, pisau lipat serta sejumlah kondom bagi aktiviti tidak bermoral itu.

ini lah yang kita nak hindarkan ...dah la sesat..menyesatkan...mohon doa selepas solat...jangan termasuk di dalam golongan ini...banyakkan ishtighfar....
ReplyDelete