Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, April 25, 2010

Jalan Mati...


JOHOR BAHRU: Seorang ibu beranak tiga ditemui mati ditikam beberapa kali di dada kiri, dipercayai oleh suaminya selepas bertengkar di rumah mereka di Tingkat 12, Flet Larkin di sini, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (Pentadbiran), Superintendan Zainal Baharom, berkata mayat Ahzila Mohamad Sufian, 23, yang dipercayai mempunyai masalah rumah tangga, ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dapur rumahnya.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai bergaduh dengan suaminya kira-kira jam 2 pagi dengan disaksikan tiga anak mereka, dua lelaki masing-masing berusia lima dan empat tahun serta seorang anak perempuan, tiga tahun.
Berikutan itu, suami mangsa menghantar ketiga-tiga anak mereka ke rumah ibu Ahzila, Zainon Abd Kadir, 59, yang tinggal di Tingkat 10, flet yang sama kira-kira jam 2 pagi dan dia dipercayai pulang semula ke rumah berkenaan selepas itu. Suspek kemudian menghilangkan diri.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer