Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, May 1, 2010

Macam filem Matrix daa..


BATU PAHAT: Entah ilmu apa yang dipakai seorang lelaki sehingga berjaya mengelak dua daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya sekaligus menyelamatkan nyawanya ketika diserang dua lelaki tidak dikenali di sini, pagi semalam.
Ejen jualan langsung perisian pendidikan sekolah itu nyaris maut ditembak di depan anaknya, apabila dua lelaki bermotosikal yang berhenti di hadapan kereta mangsa sebelum melepaskan tiga das tembakan.
Namun, tindakan pantas mangsa lelaki berkenaan berjaya menyelamatkannya daripada maut apabila dikatakan berjaya mengelak dua daripada tiga das tembakan jarak dekat dalam kejadian kira-kira
11 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, ketika dihubungi berkata mangsa berusia 45 tahun itu baru mengambil anaknya yang belajar di Pertubuhan Perkhidmatan Intevensi Awal Batu Pahat di persimpangan Jalan Penghulu Abdul Majid-Jalan Omar di sini.
Bagaimanapun, katanya, dua lelaki dipercayai menunggang motosikal memberhentikan kenderaan mereka berhampiran kereta mangsa sebelum melepaskan tiga das tembakan.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer