Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Monday, April 26, 2010

ni la bagus...contoh...

 
KEDAH – Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin, murid Tahun Enam yang mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Teluk Kechai dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Kedah kini bakal mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan. 

Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan itu akan diadakan di Terengganu pada awal Jun nanti dan murid berkenaan sekali lagi bakal membawa nama sekolah dan Kedah ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan itu. 

Guru Besar SK Teluk Kechai, Che Ismail Abd Majid berkata, beliau berterima kasih kepada ibu bapa murid berkenaan dan warga sekolah kerana membimbing bakat murid itu sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah. 

Menurutnya, pihak sekolah berharap dengan penyertaan kali ketiga ke peringkat kebangsaan itu bakal membawa gelaran johan pertandingan itu pada tahun ini. 

“Saya dan warga sekolah termasuk ibu bapa murid ini mengharapkan kejayaan sebagai johan pertandingan tilawah al-Quran akan menjadi milik Kedah dan sekali gus melonjakkan nama sekolah. 

“Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir ‘Ammar, pihak sekolah sedang menggilap bakat pelapis yang akan meneruskan kejuaraan pertandingan ini,” katanya kepada Sinar Harian. 

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer